Review Tadom Hill Resort.

WHAT A GREAT WEEKEND !!!

Tak sabar nak repeat lagi tapi kalau boleh nak kumpul lagi ramai kawan2 join.

Ada satu malam tu Aiza whatsapp Cik Bunge, dia cakap,
"Tak kisah lah pergi mana2, aku nak cipta memori ja." Sweet yakmattt minah ni.

So, Tadom Hill Resort jadi pilihan last minute kami. Overall Tadom Hill Resort ni bukan lah bajet trip pon. HAHAHA sebab agak pricey juga lah.

Kalau tengok harga sewa tidur satu malam dalam Hammock Tadom tu sama macam harga beli Hammock tu kat kedai😂

Banyak pilihan untuk tempat tidur kat Tadom ni. Disebabkan last minute planning, Bamboo Tent ja paling selesa yang tinggal untuk booking. Memang kena booking awal kalau nak chalet yang lebih selesa. (Sila refer gambar kalau nak tengok pilihan chalet dan harga)

Check-in chalet pukul 3 petang. Tapi, untuk aktiviti air dah boleh start dari pukol 9 pagi. Jadi, kami gerak pagi2 sharp terpacak pukul 9 pagi depan kaunter reception. Selesai register, aktiviti pertama mestilah bergambar dulu sekeliling kawasan.

Tepat pukol 10 pagi kami pergi main ATV. Best gila. Rm48 untuk 20 minit. Tapi, rasanya macam lebih dari 20minit. Abang ATV sporting habis pandai buat suasana jadi happening. 

Settle ATV terus kami pakai life jacket terjun tasik. Ada rakit juga tau. Rakit ni sapa cepat dia dapat. Kongsi2 lah main gitu. Ada gelongsor yang tinggi nak mampos dan scary weyhhhhhh. Cik Bunge tak berani nak cuba. Jantung degup laju sangat. Takut terhenti terus ja kalau cuba gelongsor tu😂. Ada juga tempat untuk terjun yang macam platform tu. Siapa yang nak acah2 jadi Pandelela boleh lah cuba. Cik Bunge mampu jadi panda ja kat situ. Ohh satu lagi siapa ada bakat jadi Tarzan boleh cuba yang gayut2 terus terjun masu tasik tu. Besttt. Perasaan melawan ketakutan is real do before beranikan diri bergayut dan terjun ! Bangganya dengan diri sendiri.

Settle mandi manda kami terus siap2 check in bersihkan diri solat dan lunch. Lepas tu lepak2 jap main game yang ada kat situ. Pukol 7 dah prepare untuk BBQ. Trauma sikit part BBQ sebab masing2 tak pandai, round pertama BBQ memang ayam tu hangit yang tak boleh bawa bincang HAHAHA nasib lah ada staff yang sudi tolong kami BBQ sama2 sampai habis. BBQ pit sewa RM65 include arang. First come first serve, tak boleh booking awal.  Ada juga pakej include set BBQ Tadom sediakan tapi yang ni kena booking awal lah. (Sila refer gambar kalau nak tengok menu Set BBQ)

Dalam pukol 12 malam kami dah kemas2 barang BBQ dan ready untuk tidur. Sebelum tidur telan dulu Ostematrik Shaklee bagi hilang sengal2 badan ni haaa. Ya lah, banyak kali terjun dari tempat tinggi. Memang terasa sakit satu badan.

Suasana kat sini sangat chill, bersih, beautiful landskap dan dekat dengan alam. Banyak elemen buluh. Teruja sangat tengok reka bentuk kat sini.

Paling teruja bila tengok breakfast yang depa sediakan untuk guest yang tidur kat sini. Dok bayang depa jamu nasi goreng ja or anything 2 3 menu camtu. Tapi, mai2 tengok tediaaaa sekeliling kafe tu tersusun macam2 jenis makanan. Ala mat salleh ada ala melayu piaw pon ada. Paling tak leh lupa rasa sambal Nasi Lemak dia. Sedap weyhhh. Nasi Lemak sedap sangat terpaksa tambah 2 kali HAHA nak cut balik lemak memang telan Omegaguard Shaklee lah. Boleh kawal kolestrol dalam badan kita ni haa.

Banyak lagi aktiviti kat sini, tapi  Cik Bunge cerita hat Cik Bunge main ja lah. Flying Fox pon ada. Tapi, tak main pon. Buat kos lepas dengan ATV hihihi.

Kalau tak nak tidur sini, ambik ticket day pass ja RM25 untuk aktiviti air sahaja. Combo dengan Flying Fox RM50 ( Sila refer gambar kalau tak faham😂)

Cik Bunge kongsikan sikit gambar2 kami kat sana dan pakej2 yang Tadom Hill Resort sediakan👇
Ni macam tempat wajib bergambar kalau mai sini.
ATV ni memang best. Cik Bunge suggest hampa pakai lah kasut getah macam Crocs ka or apa2 lah yang kalis ayaq. Sebab tempat ni berlumpur. Kami pakai selipar ja hahaha. Jangan pakai seluar cerah. Jatuh dalam lumpur naya weyyyy jenuh basuh.
Ni lah Bamboo Tent. Tilam tu memang ngam2 size tent.

Muka masih bahagia walau ayam rentung😂
Santai lah BBQ sambil dengar orang karoke, angin sepoi2. Phewwwww best.

Bamboo Tent dari luar. Macam rumah orang kerdil. Memang tak boleh berdiri dalam tu.

Breakfast time. Makanan banyakkkkk. Tak tau nak makan hat mana satu.

Tempat basuh tangan pon guna bamboo.

Ini lah tempat kalau nak acah2 Pandelela tu. Terjun jangan tak terjun. Tempat bergayut dekat sebelah tu ja. Tapi tak nampak sangat. Ni gambar sumber google. Gambar kami waktu mandi tak da HAHAHA. Excited sangat nak mandi sampai tak da gambar langsung. Cisss.

Cantik kan?


Ini tempatnya kalau tidur dalan Hammock. Tapi, memang tak lah nak tidur dalam Hammock. Rela tidur atas lantai lagi😂
Pakej untuk day pass activity.

Pakej pilihan penginapan.

Pakej ATV.

Pakej Flying Fox.

Harga sewa BBQ pit sahaja.

Harga pakej BBQ Set.

Ni ja lah review weekend Cik Bunge kat Tadom Hill Resort. So, much fun. Sebarang pertanyaan pasal Tadom boleh p kat website depa tanya or boleh wasap terus ada no kat gambar yang Cik Bunge share tu. Nak wasap Cik Bunge? Tanya pasal Shaklee ja tau🙈 macam2 offer set cantik Shaklee bulan ni.

PEMBELIAN SET SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
✔Belian Online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda.

✔Belian di cawangan Shaklee terdekat (ID:1263778)
✔Hubungi Cik Bunge ditalian +601114709064 untuk sebarang bantuan/belian.


Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad debit/kad kredit anda?

Klik imej di bawah👇


Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat.

Klik imej di bawah👇



Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Cik Bunge Boleh Terjebak Dengan Bisnes Shaklee?